Khamis, 22 Januari 2015

Status 80 Hari

Sehingga 22 Januari 2015 yang telah memasuki hari yang ke 80, kerja-kerja yang dapat diselesaikan ialah mengikat keseluruhan bata dinding rumah termasuk memasang frame pintu & tingkap, simen lantai parking dan beranda serta menyiapkan 90% beam atas.

Projek pembinaan ini dijangka perlahan disebabkan proses gadaian tanah kepada pihak BPP masih belum selesai dan claim pertama belum dapat dilakukan. Kerja-kerja akan diteruskan dengan pemasangan paip air tanpa lengkapan, paip air buang dan manhole serta pemasangan paip elektrik tanpa lengkapan.




Rabu, 7 Januari 2015

Status 65 hari

Sehingga 7 Januari 2015, kerja-kerja memasang frame kayu dan mengikat batu-bata yang dianggarkan sebanyak 11000 biji telah selesai sepenuhnya kecuali batu bunga islamic pattern-GRC (Glass Reinforced Concrete) yang masih belum siap dipasang. Dalam masa yang sama, kerja-kerja diteruskan dengan membuat beam atas (roof beam).