Ahad, 25 Oktober 2015

Cat Dinding Luar

Cat dinding luar rumah ini menggunakan cat jenama Jotun. Warna utama ialah Old Cream, manakala warna kedua pula ialah Muesli. Untuk bendul pula menggunakan cat bewarna putih. Kos upah bagi mengecat dinding luar rumah ini berjumlah lebih kurang RM500 manakala kos pembelian cat adalah seperti berikut :
  • Cat Old Cream 20L - RM295
  • Cat Muesli 5L - RM133
  • Cat Putih 5L - RM150
  • Berus & Roller - Sedia ada
Kerja-kerja mengecat ini dilaksanakan pada waktu petang sahaja bermula pada 22-24 Oktober 2015. Walaubagaimanapun, kerja-kerja mengecat ini masih belum siap sepenuhnya di bahagian hadapan, tepi rumah dan GRC serta bendul-bendul.


Kabinet Dapur

Pada 24 Oktober 2014, dengan upah RM300, dua buah kabinet berukuran 30 kaki panjang dapat disiapkan dalam masa sehari menggunakan khidmat tukang Kemboja. Kabinet ini dikonkrit dan dipasang dengan 4 batang besi Y10. Kos bahan bagi membina kabinet ini berjumlah lebih kurang RM200 menggunakan pasir, batu, simen dengan tambahan pembelian dawai, besi Y10 dan paku simen sahaja manakala plywood dan kayu menggunakan yang sedia ada.



Simen Render Lantai

Lantai sedia ada perlu disimen sekali lagi bagi tujuan meratakan permukaan untuk pemasangan tiles. Kerja-kerja ini selesai dilaksanakan pada 21-22 & 25 Oktober 2015 dengan keluasan lantai 2160 kps. Kos upah pula RM0.60 sekaki persegi menjadikan kos keseluruhan upah berjumlah RM1300. Kos simen pula menggunakan lebih kurang 30 beg simen manakala pasir pula menggunakan lebihan pasir sedan yang sedia ada sahaja. Bagi kerja-kerja lantai ini, saya menggunakan khidmat tukang pasang tiles/mosaic.



Selasa, 13 Oktober 2015

Bayaran Kedua Dari BPP

Alhamdulillah...Cek yang ke 80% berjumlah RM98,000 telah diperolehi dan telah dibank in pada hari ini. Penantian sejak 6 Julai 2015 iaitu lebih kurang 3 bulan 1 minggu akhirnya mendapat semangat baru bagi meneruskan misi pembinaan rumah Mahligai Idaman. InsyaAllah, diharapkan fasa akhir ini berjaya disiapkan pada akhir tahun 2015 ini.