Selasa, 1 Julai 2014

Pelan Rumah

Proses melukis pelan rumah ini bermula pada bulan Disember 2013 dan selesai pada bulan Februari 2014 setelah melalui beberapa pindaan. Submission pelan rumah ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dilakukan pada bulan Februari 2014 dan telah diluluskan pada bulan April 2014. Kos bagi melukis pelan rumah sehingga kelulusan pihak MBKT berjumlah RM2800 menggunakan khidmat pelukis pelan sambilan manakala cop dan tandatangan pada pelan rumah menggunakan khidmat pelukis pelan berdaftar. Semua urusan ini dilakukan oleh pelukis pelan sambilan manakala tugas saya hanya berbincang dan draf pelan rumah sehingga ke peringkat akhir, bayar pada pelukis pelan sambilan dan ambil pelan di MBKT.

Pandangan Hadapan
    
Pandangan Belakang
   
Pandangan Sisi Kiri
   
Pandangan Sisi Kanan
   
Pelan Lantai
 

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Luas lot 514 meter persegi. Luas rumah 2160 kaki persegi termasuk parking & beranda.

      Padam
  2. Assalamualaikum tuan..adakah kos tuan RM2800 tu dah termasuk jumlah keseluruhan seperti pelan RC,caj proses majlis bandaran, indah water dan lain2 jika ada..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. RM2800 adalah kos bagi lukis pelan rumah, pelan RC dan caj proses kelulusan Majlis Bandaraya. Indah Water kena tanggung sendiri.

      Padam
  3. Salam, boleh share pelukis pelan yg tuan ambik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Mohon emelkan ke ahr_84@yahoo.com untuk dapatkan no. telefon pelukis pelan sambilan.

      Padam
  4. bos.. pm drawing ni dlm bentuk pdf.. nak belajr tiru buat dlm autocad.

    BalasPadam