Rabu, 18 Mac 2015

Claim Progress 45%

Pada 5 Februari 2015, claim progress 45% dihantar ke pejabat peguam dan diterima oleh JPPH pada 12 Februari 2015 manakala proses penilaian selesai pada 25 Februari 2015. Semakan di BPP pula mendapati dokumen masih diperingkat cantuman di bilik fail dan hanya memasuki Seksyen Bayaran pada 4 Mac 2015. Sehingga 18 Mac 2015, claim progress 45% masih dalam proses bayaran kepada peguam sebelum pihak peguam menyediakan cek lain kepada saya. Ini bermakna sudah sebulan setengah dari proses tuntutan, cek masih belum diperolehi.

6 ulasan:

  1. seronoknya saya melihat usaha saudara membina rumah sendiri

    Semoga berjalan lancar hendaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih enviro lovers. Sekadar perkongsian dari pengalaman. InsyaAllah harapnya begitulah.

      Padam
  2. Assalam en Amir hairi, tahniah atas kejayaan saudara membina rumah sendiri. utk makluman saya jg ingin bina rumah sendiri, saya nak tanya, semasa menghantar claim 45%, adakah saudara sertakan sekali surat kemajuan pembinaan berperingkat daripada arkitek kepada jpph atau BPP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Hanya dua keping dokumen saya lampirkan untuk dihantar ke pejabat peguam iaitu surat tuntutan bayaran berperingkat dan jadual semakan peringkat kerja-kerja pembinaan. Mohon puan rujuk di bawah tajuk 2015-September-Bayaran Berperingkat.

      Padam
  3. Assalam tuan, maaf bertanya, kenapa x terus claim utk 10%, 20% atau 35%..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya kita mempunyai sedikit modal untuk memulakan projek, lebih baik kita claim sekaligus berbanding claim secara runcit. Semasa claim 45%, saya telah habiskan modal permulaan sebanyak 70 ribu iaitu hasil pinjaman peribadi dan pinjaman dengan adik beradik. Selepas dapat claim seterusnya, saya bayar secara sekaligus hutang-hutang berkenaan.

      Padam