Rabu, 30 September 2015

Bayaran Berperingkat

Contoh surat di bawah adalah tuntutan bayaran berperingkat mengikut peratus kesiapan yang dihantar ke pejabat peguam sebelum dimajukan ke JPPH. JPPH juga akan memaklumkan kepada peminjam melalui surat tentang laporan penilaian yang telah dibuat.

Sejak claim ke 80% yang dihantar pada 6 Julai 2015 yang lalu, sehingga kini hampir 3 bulan berlalu, cek masih belum diterima. Proses-proses yang panjang sebeginilah menjadi cabaran kepada individu yang ingin membina kediaman secara sendiri dengan modal pusingan yang lambat diterima seterusnya mempengaruhi tempoh pembinaan rumah.



5 ulasan:

  1. Assalam tuan, contoh surat tuntutan diatas ni buat sendiri ke? Ke ada format yg dh disedikan oleh JPPH?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Format ini adalah format standard borang tuntutan. Biasanya borang ini ada pada pejabat peguam atau kontraktor.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum tuan, boleh kongsikan surat/borang tuntutan ke 97.50%. lain sikit kan dari yang kat atas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Seingat saya, saya hanya claim terus yang ke 100% dengan melampirkan surat akuan pelepasan tanggungan semasa dalam tempoh 6 bulan sebab urusan pembinaan ini diuruskan sendiri, jadi tidak perlu tunggu 6 bulan atau 12 bulan.

      Padam