Isnin, 25 Januari 2016

Status 25 Januari 2016

Sehingga 25 Januari 2016, kerja-kerja pembinaan rumah ini telah selesai seperti mana gambar-gambar di bawah. Pemasangan daun-daun pintu, tingkap, kunci, penyelak, penyangkut serta pemegang tingkap telah selesai pada 9 Januari 2016 yang lalu dengan kos upah sebanyak RM1550. Bagi pemasangan cermin pula, ianya dipasang dalam masa sehari sahaja iaitu pada 12 Januari 2016 dengan kos berjumlah RM2050 manakala grill besi pula dipasang pada 24 Januari 2016 dengan kos sebanyak RM3100.

Kerja-kerja elektrik pula dimulakan pada 17 Januari 2016 dan selesai pada 25 Januari 2016. Kerja-kerja ini dilakukan pada sebelah malam sahaja pada hari bekerja manakala pada hujung minggu dilakukan sepenuh hari. Kos upah sahaja berjumlah RM5550 manakala kos pembelian 27 switch jenis simon, 55 socket biasa, 4 socket aircond, 3 socket water heater, 1 socket astro, 30 lampu LED 3 step 6" 18 watt, 8 lampu LED downlight kecil 3 watt, 12 lampu T5 4', 1 lampu LED panjang 4' 18 watt, 7 lampu dinding, 3 lampu tiang dan 5 unit kipas berjumlah RM4137.40 menjadikan 53 point lampu, 6 point kipas, 4 point aircond dan 3 point water heater secara keseluruhannya. Bayaran deposit TNB pula berjumlah RM2641 dengan pecahannya ialah deposit 3 fasa RM1200, sesalur RM795, setem hasil RM10 dan tambahan 3 tiang elektrik TNB RM636. Bagi urusan borang, ianya telah termasuk di dalam kos upah elektrik. Pengujian elektrik juga menggunakan elektrik sementara yang dipinjam dari rumah jiran berdekatan.

13 ulasan:

  1. syabas dan tahniah tuan....rumah sudah siap dgn jayanya....brapa kos keseluruhannya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Setakat ini, kos pembinaan rumah sahaja lebih kurang RM222K manakala pagar yang belum siap sepenuhnya berjumlah RM13K.

      Padam
  2. colour cantik..ada kod cat tak yg ruang tamu tu tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jotun Majestic True Beauty Sheen. Kod 1038. Pada asalnya saya mahukan kod 1308, tetapi kedai salah bancuh 1038. Boleh tukar semula tetapi dah cat.

      Padam
  3. Tuan.. berapa keluasan rumah tuan
    berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk rumah tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luas rumah 30x60=1800, luas beranda 10x8=80, luas parking, 20x14=280. Jumlah luas 2160 kaki persegi. Anggaran perbelanjaan untuk rumah RM225K.

      Padam
  4. Alhamdulillah..... cantik nyer rumah tuan.....
    Boleh saya pergi tengok tak rumah tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa-biasa sahaja tuan. InsyaAllah boleh.

      Padam
  5. Banyak ilmu saya perolehi dr bloq Tn Azmil. Terima Kasih berkongsi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Hezry Desa, terima kasih kerana memanfaatkannya. Sekadar perkongsian dari pengalaman sahaja.

      Padam
  6. tuan. boleh dapatkan kontraktor lektrik untuk masuk meter tu dan lokasi buat grill?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 0199793357-Encik Sabri untuk kerja-kerja elektrik. 013-3371050-Encik Faizal untuk kerja-kerja grill.

      Padam