Rabu, 24 Februari 2016

Meter Elektrik TNB

Borang permohonan pemasangan saluran elektrik TNB telah didaftarkan oleh kontraktor pada 28 Januari 2016 manakala pemasangan tiang elektrik TNB sebanyak 6 batang dan sesalur telah dilakukan pada 17 Februari 2016. Setelah selesai bayaran deposit oleh kontraktor, pemasangan meter TNB dibuat keesokkan harinya iaitu pada 24 Februari 2016. Antara kerja-kerja yang belum selesai dilaksanakan dalam pembinaan Mahligai Idaman ini ialah pemasangan paip air SATU dan varnish pintu-pintu rumah serta kerja-kerja melibatkan pagar rumah.

16 ulasan:

  1. Slm... adakah tuan guna besi BRC untuk konkrit lantai..
    Ok ke kalau tak guna BRC ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Besi BRC hanya saya guna untuk lantai kaki lima longkang dan lantai parking sahaja. Untuk lantai dalam rumah saya gunakan simen lori siput, simen ready mix gred 20 yang mana diketahui simennya ada kualiti dan sangat keras. Untuk rumah setingkat rasanya tak ada masalah kalau tak guna BRC pun.

      Padam
  2. Untuk siling keseluruhan dalam rumah ni adakah menggunakn siling kapur..
    Dari segi kos adakah berbeza dgn siling asbestos biasa..
    Mana lg jimat..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer, keseluruhan menggunakan siling kapur termasuk tandas, parking dan beranda kecuali bahagian kaki lima, menggunakan siling asbestos. Jimat asbestos lagi. Tapi untuk keseluruhan rumah ini, kos sebanyak lebih kurang RM7000 dihabiskan untuk siing kapur sahaja.

      Padam
  3. Slm...
    Kayu kelat tu beli kat stor ke sawmill..
    Banyak jenis ke kayu kelat ni...
    Sawmill xcampur ke.. sy pun tgh intai kela tanpa ubat..
    Bimbang takut kena tipu.. heeheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli di Stor Kayu Masak Sri Telipot Jaya berdekatan UMT Gong Badak. Pemilihan dibuat berdasarkan saranan kawan yang juga kontraktor, berdasarkan survey secara sendiri ke atas 5-6 buah kedai hardware yang besar. Stor kayu ini juga mempunyai kilang kayu sendiri, harganya lebih murah berbanding hardware2 lain yang saya survey. Mudah berurusan, boleh ambil barang dahulu dengan telefon sahaja dan bayar kemudian. Harga simen pun kadang-kala lebih murah dari hardware lain.

      Saya difahamkan kayu kelat ni adalah kayu campuran dari gred yang ada kualiti juga serta dimasak dengan ubat. Kayu kelat tanpa ubat harganya lebih mahal sedikit. Saya sarankan tuan dapatkan harga dahulu dari hardware ini kerana harga kayu per tan berbeza mengikut panjang kayu.

      Padam
  4. Emmm.... kenapa sampai RM17k utk kayu n paku.. berapa tan pkai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos ini adalah anggaran sahaja. Untuk kos yang tepat perlu semakan bil-bil pembelian terdahulu. Antara kuantiti kayu digunakan ialah kayu bata 2x4 dalam 1 tan, kayu kekuda 2x5 dalam 4-5 tan, kayu 2x2, kayu 1x2 dalam 1.5 tan dan papan gate 1x4. Kos ini juga termasuk pembelian bolt & nut, paku2 serta aksesori tambahan yang lain. Walaubagaimanapun, masih ada lebihan kayu pelbagai size dan cebisan kayu yang dipotong ditinggalkan.

      Padam
  5. Salam tuan, kalau tidak keberatan saya ingin contact no. tukang yang buat rumah tuan. saya sedang survey tukang. mungkin tuan boleh bagi pendapat. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Untuk makluman, terdapat beberapa tukang terlibat dalam pebinaan rumah ini. Bagi pembinaan tapak sehingga kerja-kerja beam dilaksanakan oleh adik sendiri. Manakala kerja-kerja besar seperti plaster dinding, kekuda dan atap, pemasangan tiles melibatkan beberapa tukang yang berlainan yang terdiri dari warga rohingya (islam Myanmar) dan tukang melayu. Saya tidak menggunakan tukang yang sama dalam semua kerja kerana saya pilih berdasarkan pengkhususan kerja tukang berkenaan.

      Bagi tukang rohingya, kerja yang dilaksanakan oleh tukang rohingya mungkin lebih murah dari tukang melayu, namun pemantauan kerja perlu dibuat kerana pemahaman tukang berkenaan agak berlainan dari apa yang dikehendaki oleh kita. Dari pengalaman saya, puan boleh memilih tukang yang mana tukang berkenaan boleh tunjukkan kediaman mana yang telah dibina, dari situ, kita dapat menilai kualiti kerja mereka. Puan boleh hubungi tukang melayu ini sekiranya berminat. Encik Fauzi 013-9437676.

      Padam
  6. Tuan, upah tukang sehari berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud tuan, upah buat rumah ? Harga upah bergantung kepada kerja yang dibuat. Contoh, upah plaster dinding secara lumsum berjumlah RM7000. Upah memasang kekuda dan atap berjumlah RM10000. Elektrik juga berlainan.

      Padam
  7. salam tuan. boleh saya tahu area mana ye ni sebab dah pakai smart meter?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu. Ianya dipasang pada awal tahun 2016.

      Padam