Dengan pemasangan meter elektrik pada 24 Februari 2016, secara rasminya kerja-kerja pembinaan Mahligai Idaman ini telah selesai dengan jayanya walaupun masih ada kerja-kerja yang belum selesai sepenuhnya kerana dilakukan secara sendiri antaranya varnish pintu-pintu rumah, kerja-kerja melibatkan pagar rumah, kerja tanah dan landskap. Mahligai Idaman ini juga belum dilengkapi dengan kemudahan paip air dari SATU dan hanya menggunakan air boring dalam tanah (telaga tiub).
Pada 5 Mac yang lalu juga telah dibuat majlis sembahyang hajat, azan di setiap penjuru rumah, bacaan Surah Yassin dan Surah Al-Baqarah oleh pelajar-pelajar dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. Perpindahan barang-barang juga telah dilaksanakan secara beransur-ansur antara bulan Februari hingga akhir bulan Mac manakala perpindahan secara rasmi ke Mahligai Idaman ini dijangka pada 1 April 2016.
tahniah en amir rumah dah siap..berapa kos kesemuanya termasuk pagar yg cantik ni?
BalasPadamTerima kasih. Secara kasarnya, kos untuk rumah sahaja lebih kurang RM225K manakala untuk pagar lebih kurang RM17K. Walaubagaimanpun, bahagian atas pagar masih belum siap sepenuhnya lagi. Nantikan entry rumusan akhir yang mana saya akan perincikan kos perbelanjaan dan pengalaman dalam perjalanan pembinaan Mahligai Idaman ini.
Padamtahniah tuan...bagus blog ni.. yg penting setiap kerja n bahan yg digunakan siap tulis kos..tu yang menarik..tq
BalasPadamTerima kasih Tuan Mohd Aswadi kerana mengikuti perjalanan blog ini.
Padamberapa kaki tinggi tunjuk langit siling ke bumbung rumah tuan..
BalasPadamSize 5 kaki tinggi x 5 inci lebar x 5 inci panjang. Pemasangan standard, tukang akan pahat kayu dan buat lubang di tengah-tengah untuk gantung tunjuk langit.
Padamen.amir....pagar stanlessteel brapa kosnya dan berapa sekaki...kemas dan cantik buatannya....
BalasPadamPintu stainless steel utama 13.5' x 6' = 81', 2 pintu stainless steel kecil 5' x 3' x 2 unit = 30'. Jumlah 111' x RM35 sekaki persegi = RM3885. walaubagaimanapun, harga yang diberikan adalah RM3400. Tempahan dibuat di bengkel berhampiran simpang 3 lampu isyarat menghala ke Jeram, Manir.
Padammurahnya en amir....cantik pulak tu....
BalasPadamboleh bg no talifon...
BalasPadam0199818190
PadamSlm tuan.... lama x update...
BalasPadamSdikit pertanyaan.. mcm mana dgn plaster dinding dlm.. buat yg licin pkai kapur ke... masih guna skim coat lg ke utk kemasan semasa cat dinding...
Maaf. Agak sibuk selepas memasuki rumah baru dengan kerja-kerja maintenance seperti baik pulih paip, tangki, pemasangan rail & langsir serta kerja-kerja pembersihan kawasan dan lain-lain kerja yang tertangguh.
PadamUntuk dinding dalam, kemasan menggunakan kapur dan simen sahaja menjadikan dinding itu licin. Skim coat boleh dibuat selepas kerja melicinkan dinding, tetapi ada pertambahan kos untuk kerja skim coat. Untuk rumah saya, hanya plaster licin biasa.
Untuk kerja-kerja melicinkan dinding perlu diberi perhatian kerana sekiranya tukang kurang mahir melicinkan dinding, dinding akan nampak agak kasar dan tidak rata serta memungkinkan ada retakan-retakan halus.
Assalam encik..nak tahu berapa upah untuk melicinkan dinding dalam rumah sekaki
PadamWslm. Harga perkaki yang terkini saya tidak pasti. Kos lumpsum melepa dinding luar dan dalam rumah saya pada tahun 2015 ialah RM7000. Kalau lihat pada harga simen, pasir dan kapur yang terkini, mungkin harga upah sahaja yang meningkat naik.
PadamTq tuan... rumah saya dlm proses plaster luar dalam...
BalasPadamTq....
Tuan urus sendiri juga ke ?
PadamUrus sendiri jgk.... tu yang pening skit... kadang2 berubah2 pilihan sesuatu brang..heheeeheee
BalasPadamItu belum masuk bab pemilihan cat, tiles, lampu dan lain-lain lagi. Apapun buatlah pilihan yang sederhana dan tepat. Semoga tabah dan banyak bersabar dalam menguruskan sendiri pembinaan rumah.
PadamTuan... utk dinding rumah tuan pkai simen tu ok ke... ke ada nmpak kasar n xrata.. sbb sy punya nmpak ada skit2.. tp blum cat lg la...
BalasPadamAda bahagian yang nampak agak kasar, ada bahagian yang nampak betul2 licin. Bergantung pada tukang yang mahir atau tidak. Selepas cat lagilah akan nampak kesan plaster licin tu nanti. Semasa proses plaster licin, perlu dibuat pemantauan supaya bila dah siap nanti tidak nampak sangat kesan kasar dan tidak rata pada dinding tu nanti.
PadamSalam...
BalasPadamUtk mozek 2x2 tu warna seakan grey kan..
Apa kod dia.. sy cari kt aik hoe xjumpa mcm tuan punya.. smua kearah cream wrna ya..
Jenama Venus. Kod saya perlu semak bil dahulu. Nanti saya maklum semula.
PadamVHP66102SG-1ST
PadamBoleh saya tahu berapa keluasan rumah tuan ni?
BalasPadamPuan Yatie Duasa, luas rumah 60x30=1800 kaki persegi, luas parking 20x14=280 kaki persegi, luas beranda 8x10=80 kaki persegi. Jumlah 2160 kaki persegi. Luas ini tidak termasuk kaki lima longkang dan lantai parking dari luar pagar yang bersambung dengan lantai parking dalam pagar.
Padamsalam tuan. boleh minta no tepon untuk grill? untuk pagar beranda rumah tu berapa kos? kat mane bt ye?
BalasPadam013-3371050. Kos pagar beranda RM1000 (2.5' tinggi x 16' panjang = 40'). Saya buat di kedai Kejuruteraan Sukai Teguh, simpang tiga berhampiran jambatan batu 6, Kuala Terengganu.
Padamsalam tuan. saya ada soalan sket.saya pon buat rumah sendiri atas pinjaman lppsa.cumanya nak tahu, bila nak apply untuk kesiapan 95%, nk kene tggu surat apa ya? pakai lesen sepupu, tapi yg buatnya saya dan ayah sendiri. sampai 80%, ok lagi.cuma bila sampai 95%, kene ada CFO kan?
BalasPadamWslm. Bagi claim ke 95% perlu dilampirkan surat penyerahan kunci, bil elektrik dan bil air. Sekiranya tidak menggunakan perkhidmatan air dari syarikat air sebagai contoh, perlu dilampirkan surat pengesahan dari pihak kontraktor.
PadamBagi claim ke 100% pula, urusan claim boleh dilakukan selepas 6 bulan, sekiranya CF/CCC diperolehi sebelum tempoh tersebut, claim ke 100% boleh terus dilakukan dengan melampirkan sijil CF/CCC.
terima kasih tuan.Satu lagi tuan,surat penyerahan kunci kene tunggu cfo(sijil layak menduduki)majlis daerah kan ataupun surat ni boleh buat sendiri, antara kontraktor dan pemilik sahaja?yg ni yg saya kurang faham sikit.
Padamkalau xkeberatan,boleh saya dapatkan no telefon tuan?
PadamSurat serah kunci boleh buat sendiri antara kontraktor dengan pemilik. No. telefon saya 019-9818190.
Padamberape kos cat untuk rumah ni ye tuan?
BalasPadamUntuk makluman, kerja-kerja mengecat ini dilakukan secara sendiri. Satu liter cat boleh mengecat dinding bersaiz lebih kurang 11 kaki tinggi dan 12 kaki lebar sebanyak 2 lapisan cat. Untuk cat bahagian dalam, saya menggunakan 7 warna berlainan tidak termasuk cat alas warna putih. Anggaran pembelian kos cat warna dan cat alas sahaja (tidak termasuk roller, bekas cat, berus cat, glove dll) lebih kurang RM1500.
PadamCat dijual dalam kuantiti 1L (+-RM32), 5L (+-RM130), 15L (+-RM130x3) & 20L (+-RM290). Adalah lebih untung membeli cat dalam kuantiti 20L berbanding kuantiti yang kecil.
RM1500 tu cat luar dan dalam ye tuan? termasuk varnis dan cat kayu?
PadamYer. Cat dalam dan luar. Walaubagaimanapun, ada pertambahan dalam 1-2 tong besar kalau tidak silap saya, kena rujuk bil semula untuk kepastian. Termasuk varnish dan cat kayu.
Padamtq tuan.
BalasPadamAssalam tuan...cantiknya rumah ni..jika tak keberatan, boleh tuan share pelan..
BalasPadamRujuk tajuk disebelah kanan 2014 - Julai - Pelan Rumah.
Padamsalam tuan, jika tidak keberatan boleh kiranya dipericikan setiap kos yang terlibat. Sekian,terima kasih.
BalasPadamInsyaAllah Tuan. Akan dilakukan.
Padam