Khamis, 2 April 2015

Bayaran Pertama Dari BPP

Alhamdulillah...Cek 45% berjumlah RM126,000 telah diperolehi dan telah dibank in pada hari ini yang genap 150 hari dari tarikh mula pembinaan dan 2 bulan dari tarikh mula claim iaitu pada 5 Februari 2015. Semakan pada awalnya di BPP mendapati, baucer bayaran memasuki Seksyen Akaun pada 23 Mac 2015 dan cek dipos pada 25 Mac 2015 manakala cek tiba di pejabat peguam pada 30 Mac 2015. Jika benar harga barang binaan tidak berubah, maka terpaksalah menanggung 6% GST bagi pembelian barang-barang binaan yang berikutnya. Bayangkan jika barang-barang binaan yang dibeli berjumlah RM100,000 maka RM6,000 adalah cukai sahaja.