Selasa, 30 Jun 2015

Siling Kapur

Kerja-kerja pemasangan siling kapur bermula pada 15 Jun 2015 setelah barang-barang dihantar awal sehari. Kos bagi pemasangan siling kapur tidak termasuk siling biasa di kaki lima longkang berjumlah lebih kurang RM7000. Pemasangan siling kapur selesai pada 30 Jun 2015.







Isnin, 15 Jun 2015

Konkrit Lantai

Pada 10 Jun 2015, sebanyak 9 meter padu simen konkrit dibeli dari Syarikat Babena Mix Industries Sdn Bhd. Simen yang dibeli adalah dari gred 20 dengan harga RM 190 bagi satu meter padu simen konkrit. Sebanyak 7 meter padu dihantar pada hari yang sama manakala baki 2 meter padu lagi dihantar pada 13 Jun 2015. Kos upah bagi kerja-kerja lantai ini berjumlah RM1000.



Ahad, 14 Jun 2015

Melepa Dinding

Kerja-kerja melepa dinding rumah bermula pada 20 Mei 2015 dan selesai pada 8 Jun 2015. Kerja-kerja diteruskan dengan pemasangan bendul tingkap dan kerja konkrit lantai dalam rumah. Anggaran barang-barang bagi kerja melepa dinding rumah ini ialah 120 beg simen, 100 beg kapur dan 2 lori pasir halus manakala kos pembelian bendul tingkap berjumlah RM800. Kos upah bagi kerja melepa dinding rumah berjumlah RM7000 dan kos upah bagi pemasangan bendul tingkap berjumlah RM800. Pemasangan siling luar juga selesai dilakukan selepas kerja-kerja melepa dinding luar rumah.