Ahad, 14 Jun 2015

Melepa Dinding

Kerja-kerja melepa dinding rumah bermula pada 20 Mei 2015 dan selesai pada 8 Jun 2015. Kerja-kerja diteruskan dengan pemasangan bendul tingkap dan kerja konkrit lantai dalam rumah. Anggaran barang-barang bagi kerja melepa dinding rumah ini ialah 120 beg simen, 100 beg kapur dan 2 lori pasir halus manakala kos pembelian bendul tingkap berjumlah RM800. Kos upah bagi kerja melepa dinding rumah berjumlah RM7000 dan kos upah bagi pemasangan bendul tingkap berjumlah RM800. Pemasangan siling luar juga selesai dilakukan selepas kerja-kerja melepa dinding luar rumah.




2 ulasan:

  1. Bendul tingkap beli kat mane tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli dekat Yuta Maju Sdn Bhd. Simpang lampu isyarat Kubang Tangga, jalan dari Chabang Tokku menghala ke Kuala Berang

      Padam