Selasa, 1 Julai 2014

Perancangan

Perancangan membina Mahligai Idaman ini bermula pada awal tahun 2012. Proses bermula dengan melihat contoh-contoh rumah yang dijual di internet dan laman web Mudah.my. Dalam masa yang sama, proses mencari tanah/tapak kediaman yang bersesuaian dilakukan dengan mengambil kira lokasi, jarak, akses jalan dan kemudahan-kemudahan lain seperti sekolah, masjid, klinik dan kedai yang berdekatan.

Alhamdulillah...setahun kemudian, tanah corner lot bersaiz 514 meter persegi telah berjaya dibeli di kawasan Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu dengan harga RM82,000. Kerja-kerja menebang pokok dan membersih tanah juga telah dilakukan oleh pihak penjual. Proses seterusnya ialah memohon dengan individu supaya halangan pada laluan rezab jalan sedia ada dibuka. Atas faktor-faktor tertentu, halangan pada laluan rezab jalan dibuka pada bulan Mac 2014 iaitu setahun selepas pemilikan tanah dilakukan. Dalam tempoh masa yang sama, permohonan menambun tanah untuk laluan rezab jalan dibuat menerusi Pejabat ADUN. Projek pembinaan Mahligai Idaman ini dijangka akan bermula pada awal tahun 2015 setelah selesai kerja-kerja menambun tanah untuk laluan rezab jalan dan perjanjian membina rumah melalui peguam dibuat serta permohonan pinjaman perumahan diluluskan.

Lot 31054 yang berkeluasan 514 meter persegi
  
Draf awal pelan rumah yang dibuat menggunakan Microsoft Excel sebelum dihantar kepada pelukis pelan
    

2 ulasan:

  1. Assalam...tuan. mcm mana cara mohon tambun tanah rezab jln dgn ADUN tu? kos kita tanggung ke? sy ada dengar boleh mohon dgn pej ADUN @ JKKK utk buat jln....kontraktor diorang lantik. Sy pun dlm proses bina rmh di teluk ketapang....dijangka mula awal thn dpn. mohon pencerahan. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tuan hanya perlu buat surat permohonan dan hantar ke JKKK. Surat tuan yang disokong akan dihantar ke Pejabat ADUN untuk kelulusan. Jika lulus, biasanya Pejabat Daerah @ MBKT akan uruskan tambun batu kasaran melalui kontraktor yang dilantik. Tiada kos dari pihak kita.

      Padam