Selasa, 11 November 2014

Kerja-Kerja Besi

Sebanyak 33 set besi untuk pad footing dan tiang stumb diikat untuk diletakkan ke dalam lubang yang telah digali. Besi untuk pad footing dibuat mengikut saiz antara 3-4 kaki lebar. Buat permulaan, besi Y12 dibeli sebanyak 1 tan dengan harga RM2350, manakala beri link R4 dibeli sebanyak 50 batang dengan harga RM5.50 sebatang.

*1 tan besi Y12 = 96 batang x 40 kaki panjang
*1 batang besi link R4 = 40 kaki panjang



14 ulasan:

  1. Tuan besi beli dimana boleh dapatkan no telefon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli di hardware Telaga Daing Bekal, Kuala Nerus, Terengganu. Sekiranya tuan berada di kawasan berhampiran, bolehlah beli di sana.

      Padam
  2. Assalam tuan, mohon pencerahan, sy sedang study perkongsian/ blog tuan ini. Sy ingin bertanya:-

    1) Dlm pelan besi tuan, menyatakan besi link yg sepatutnya digunakan adalah R6, tapi tuan guna R4 saja. Adakah R4 sudah memadai?
    2) Dlm pelan menyatakan tebal footing 10 inci, tapi tuan buat 8 inci saja. Adakah sudah mencukupi atau mcm mana?

    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Perbezaan antara round steel R6.0mm dengan round steel R4.0mm hanyalah dari segi 2.0mm shj. Nasihat dari tukang rumah dan pemilik hardware saya jadikan panduan untuk menggunapakai besi R4.0mm ini. Begitu juga dengan pad footing.

      Padam
    2. Salam tuan.besi y12 tu mmg panjang nya 20 kaki ye

      Padam
    3. Wslm. 40 kaki panjang Tuan.

      Padam
    4. Salam tuan . Harga besi y12 tu rm2350 tu gred BS bersirim dah ke ?

      Padam
    5. Wslm. Seingat saya, besi Y12 tu gred bersirim.

      Padam
  3. Assalamualaikum kawan saya sesiapa ada kerja bagi tahu saya boleh saya boleh buat kerja bangunan ni 0142712365

    BalasPadam
  4. tuan ..brpa jarak antara link tu ye...biasanya klu nk buat grndbeam brpa ukuran yg sesuai ..ada yg kta 3 x 6...ada 4 x8...boleh tlng jelaskan..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seingat saya jarak besi link tu dlm 5-6 inci mcm tulah. Ukuran sesuai gb ikut pd pelan besi yg diluluskan arkitek.

      Padam