Rabu, 7 Januari 2015

Status 65 hari

Sehingga 7 Januari 2015, kerja-kerja memasang frame kayu dan mengikat batu-bata yang dianggarkan sebanyak 11000 biji telah selesai sepenuhnya kecuali batu bunga islamic pattern-GRC (Glass Reinforced Concrete) yang masih belum siap dipasang. Dalam masa yang sama, kerja-kerja diteruskan dengan membuat beam atas (roof beam).

21 ulasan:

  1. assalam berapa upah sekaki tukang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Sbnrya tukang ni adik sendiri, upah dikira secara lumsum RM50K bg sebuah rumah, tp kalau dibahagikan dgn luas, lbh kurang RM23 sekaki

      Padam
  2. oo ya kaa saya pun dalam proses nak buat rumah......nanti boleh la adik tuan buat yaa....lesen kontraktor pinjam sape punye....ingat nak pinjam jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah blh adik sy btkn kalau x d hlgn. Lesen sy pinjam dgn adik rakan sepejabat dgn byrn tertentu. Blh dtg site kalau nk berkongsi pglmn & tgk hasil kerja.

      Padam
  3. tq kasih...ape2 hal nanti kita bincang...

    BalasPadam
  4. sebenarnya tanah saya terletak di mukm bukit besar kt ...skrg dalam proses tukar status dr pertanian ke pembinaan dan seterusnya nak pecah lot....munkin pertengahan 2016 baru bina..memandangkan proses tu memakan sedikit masa...lagipun saya masih berada di penang..dalam proses balik laa nii...sempatlaa rumah tuan siap dulu....tuan nanti boleh tolong rekomenkan tak lesen kontraktor tuu....ingat nak pakai dia punye jugak laaa kalau dia setuju...pasai bayaran takde masalah ..boleh bincang...sekali dengan peguam..malas dah nak pikir...nak tanye satuu lagi..tuntutan bayaran dr bahagian pinjaman perumahan terus atas nama tuan kaaa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah sy cuba tnya rakan sepejabat. Peguam pun sy urus sendiri, x susah pn. Kalau x silap ada perkhidmatan peguam & pinjam lesen disediakan, tp kena rajin2 survey & harganya x pasti brp. Bayaran BPP WAJIB melalui peguam, peguam akan bayar pd kita dgn syarat ada surat arahan dr pihak yg bg pinjam lesen.

      Padam
  5. Salam...
    Boleh dapatkan no contact utk frame pintu...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamat : No. 7, Lot 3633, Jalan Kota Bharu - Pasir Mas(Highway),
      Kg. Padang Tengah, Salor, 15100 Kota Bharu, Kelantan
      Contact : email : sesb2k@gmail.com / tel : 019-9399377 (Azhan)

      Padam
  6. salam....dengan upah sebanyak 50k...apakah kerja-kerjanyg diluar daripada upah tersebut...contoh jika pasang tile atau siling kapor tak termasuk dalam kerja2 tersebut....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara kerja-kerja yang tidak termasuk dalam upah buat rumah ialah kerja-kerja pendawaian elektrik, keseluruhan paip air, pemasangan siling kapur, pemasangan keseluruhan tile, mengecat keseluruhan rumah & tangki septik.

      Padam
  7. Terima kasih atas byk input y berguna ni,jauh angkut bata...mhl ke bata merah di trg?memang kosting rmh semua abis 290k+++ ke?berminat memandangkan saiz tanah lbih kurg tu jgk..lakar huduh2 peln rmh y berkeluasan 320m2...tp tak pasti brp kosnye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama awer aweran. Bata merah sebiji harga RM 0.34 sen kalau beli terus dari kilang tidak termasuk tambang lori. Jangkaan kos pembinaan dalam 200K.

      Padam
  8. assalam tuan.nak tanya pengalaman tuan skit.saya nak bina rumah atas tanah sendiri.keluasan rumah 2450kaki persegi.bajet ade dalam 250k.
    1.upah tukang saja dan bahan2 kite cari sendiri atau
    2.serah keseluruhan kepada tukang..siap basuh kaki je..
    mana yg lebih baik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Darling Ja. Sebenarnya bergantung kepada bahan dan design rumah yang akan dibina. Kalau no. 1, InsyaAllah ada penjimatan kalau diuruskan sendiri. Kalau no. 2, tak perlu pening kepala, tapi kos untuk luas yang dinyatakan, mungkin tidak cukup.

      Padam
  9. Assalam tuan, nak tya, masa utk claim, pegawai jpph akan dtg tgk progress kerja ke x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Mohd Safwan. Setahu saya pegawai JPPH akan ke tapak untuk tengok progress kerja, tapi belum pernah lagi saya terserempak dengan pegawai JPPH sepanjang proses bina rumah.

      Padam
    2. Terima kasih tuan atas maklum balas. sbb sy berhajat nk bina rumah juga. cuma saya difahamkan kita x boleh teruskan kerja2 rumah selagi pegawai kerajaan x approve lagi.

      maksudnya mcm ni, sebagai contoh, masa kita nak buat pad footing, kita x boleh terus timbus pad footing bila dah siap. kena tunggu pegawai jpph buat pengesahan dahulu, baru boleh teruskan kerja seterusnya.

      sy difahamkan pegawai tadi akan buat pengesahan, saiz lubang pad footing, ketebalan konkrit pad footing sebagai contoh, betul2 ikut pelan kelulusan.

      betul ke mcm tu tuan? mohon maklum balas.
      saya nak bina rumah, tp x tahu prosedur utk claim. takut bila tiada pengesahan drp pegawai jpph, nanti langsung x dpt claim. hehe

      Padam
    3. Saya rasa tak macam tu, sebab sekiranya kita nak claim kali pertama pada progress 45% atau lebih dari itu, tentulah pad footing yang dibina itu telah dikambus. Ada juga kontraktor yang claim pada progress 65% yang mana pada masa itu kesemua dinding telah diplaster. Untuk claim, Tuan boleh rujuk tajuk Arkib 2015 - September - Bayaran Berperingkat.

      Padam
    4. Terima kasih tuan atas info dan maklum balas. 👍

      Padam